Panorama SK Pinggan-Pinggan, Pitas


Since 1956
Sekolah tertua di Daerah Pitas

SEKOLAH TRANFORMASI 3.0 /2018 (TS25)


Kami di sini : ⇩ 
sila klik: https://www.google.com.my/maps/@6.6658593,116.9338705,860m/data=!3m1!1e3?hl=en


Mari memulakan pengembaraan menyusuri denai indah panorama SK Pinggan- Pinggan nan permai ini.  Dalam  perjalanan ini dapat kita menelusuri pelusuk lekuk  SKPP yang sentiasa menagih transformasi demi menjadi sekolah yang kondusif kepada warganya.


  Panorama SKPP dari Jalan Langkon - Pitas

  Selamat datang ke SK Pinggan-Pinggan, Pitas - Sekolah Transformasi 3.0 TS25 



Berdiri di pintu gerbang pagar - ⬅di kiri dewan serbaguna, ➞di kanan bangunan pra sekolah


Bangunan Pra Sekolah - Pra Mutiara


Panorama ruang hadapan SKPP - ⬅di kiri bangunan tertua SKPP kelas Tahun 1 binaan 1960


  ➞ di kanan bangunan hijau - Pra Zamrud dan Thn 1 Nilam


Selamat datang ke Dewan Terbuka SKPP yg menjadi kebanggaan kami


Jom singgah menjamu selera di kantin SKPP

Mari bertandang dulu ke kelas anak-anak gemilang SKPP


Bangunan asal bilik kauseling tetapi telah dikosongkan faktor keselamatan berikutan keadaan yg usang.


Di persilakan.... membelai mata melalui lorong hadapan Makmal ICT


Menoleh kembali ke lorong Makmal ICT


Mendepani tangga Pejabat Am & Bilik Gerakan SKPP


Dipersilakan naik ... menjadi tetamu SKPP


Mari meneruskan perjalanan melalui jambatan kasih ilmu ke bangunan seterusnya ...

Menolehlah ke padang nan luas terbentang sambil memandang panorama Kampung Pinggan-Pinggan


Mari menaiki tangga gedung ilmu PSS


Meneruskan langkah sambil tenangkan jiwa  di lorong PSS


Berhenti sebentar ...lepaskan lelah duduk di atas telaga sambil menikmati indahnya panorama SKPP

Menuju ke kelas tahun 2 dan Lorong Irama Bilik Muzik

Bangunan terakhir kelas tahun 3, 4 dan 5 ... bangunan yg agak daif tinggalan sekolah menengah namun masih dpt merubah menjadi kelas PAK 21 yang sederhana.


Alhamdulillah..kita telah selesai melalui laluan dan lorong SK Pinggan-Pinggan. InsyaAllah kami warga SKPP terus berkarya mencipta iklim sekolah yang memberangsangkan minda dan emosi pelajar , staff dan pelanggan SKPP.  😊😊


Comments